Saya tidak hilang - Salahuddin Che Rose - Utusan Malaysia

Saya tidak hilang – Salahuddin Che Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 DIS. – Misteri kehilangan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an yang didedahkan media baru-baru ini akhirnya terjawab selepas sekali lagi ditemui wartawan di Jalan Hang Lekiu di sini lewat malam tadi.

Bekas pemain posisi pertahanan, Salahuddin Che Rose, 49, berkata, dia selama ini tidak hilang atau menjauhkan diri daripada sesiapa sebaliknya menjalani rawatan jantung di Melaka.

“Terus terang saya katakan, tiga hari saya berada di negeri itu, saya tidak pernah melarikan diri daripada sesiapa malah berita berkaitan kehidupan sementara saya di kaki lima itu tersebar ketika saya di sana.

“Selain Institut Jantung Negara (IJN), saya juga sering ke beberapa negeri termasuk Melaka untuk mendapatkan rawatan jantung secara tradisional di pusat perubatan Cina di Taman Cheng, bukan sengaja menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini lewat malam tadi.

Menurut bekas pemain pertahanan itu lagi, dia mengetahui perkara tersebut sejurus melihat gambarnya dalam akhbar berbahasa Cina.

“Apa pun, tiada apa yang saya ingin ucapkan kepada Utusan Malaysia selain ribuan terima kasih kerana masih sudi menulis tentang perjalanan hidup saya walaupun berada di kaki lima.

“Sejak laporan itu diterbitkan Ahad lalu, saya akui keluarga, rakan-rakan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak putus-putus cuba menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN