Saya masih sama - Utusan Malaysia

Saya masih sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menggenggam trofi sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian baru-baru ini sememangnya satu kebanggaan buat pelakon Amyra Rosli. Namun ia bukan alasan untuk mendabik dada atau bersikap demanding dalam perjalanan kerjayanya kini.

Jauh sekali dia mahu meletakkan harga tinggi pada setiap tawaran yang diterima.

Pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ini menegaskan dirinya masih seperti dahulu.

Biarpun ada yang memberi tanggapan berbeza, namun Amyra tidak mahu orang mempunyai tanggapan lain terhadapnya.

“Saya tidak obses dengan trofi yang diterima. Malah tidak sangka tahun ini nama saya diangkat menerima anugerah tersebut.

“Jadi, saya masih seperti biasa. Tiada pun istilah mahu demand lebih setelah menang anugerah. Tawaran kerja pun masih biasa, tiada pula pihak produksi yang takut untuk memanggil saya berlakon,” jelas Amyra.

Peranan sebagai Nur dalam drama rantaian Nur meninggalkan kesan besar kepada Amyra. Watak tersebut juga melayakkan dia untuk menerima trofi itu dalam Anugerah Skrin 2018.

Amyra sedar kini banyak mata mula melihat ke arahnya untuk memberikan hasil lakonan yang sebegitu baik atau lebih daripada itu. Tidak menolak untuk menggalas sebarang cabaran, namun Amyra juga ada limitasi dalam dunia seni.

Sebagai seorang isteri dan ibu, ada batas yang perlu dijaga.

“Banyak tawaran yang datang dengan pelbagai pilihan watak. Namun saya harus memilih watak sesuai dan yang boleh dibawa sebab saya tidak mahu menyusahkan orang lain jika peranan yang diberi itu sukar untuk dilakonkan.

“Selain itu saya akan tolak sebarang tawaran yang memerlukan tampil seksi atau melakukan babak berbahaya. Saya tak mahu penonton salah anggap walaupun sebenarnya sesi penggambaran menggunakan camera trick.

“Penonton kadang-kala tidak faham proses penggambaran. Jika ada babak di bilik air contohnya, mereka terus menghukum saya. Namun sebenarnya babak tersebut dilakonkan oleh kru lelaki.

“Dalam lakonan, saya cuba berikan yang terbaik semampu mungkin. Untuk buat orang percaya pun ada batasnya. Saya akan berbincang dengan pelakon dan pengarah dan mereka biasanya mudah berkompromi dalam hal sebegini.

“Saya juga akan minta izin suami untuk babak romantik bersama pelakon lelaki lain. Suami tahu apa yang saya lakukan, mujurnya dia juga pelakon.

“Apa pun di pihak saya, kena faham ada batas yang perlu dijaga agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari,” jelas isteri kepada pelakon Amar Baharin ini.

Sentiasa cantik untuk kekal jadi heroin

Ditanya tentang perancangan untuk menambah ahli keluarga, kata Amyra, menceburi bidang perniagaan juga adalah alasan terbaik ke arah itu.

Dia dan Amar sentiasa berharap dikurniakan cahaya mata kedua selepas ini.

“Amar meletakkan syarat jika hamil, saya tidak boleh berlakon. Perlu rehat setahun untuk hamil dan berpantang. Dia risau jika berlaku sebarang masalah ketika di lokasi.

“Jika selepas ini ada rezeki anak kedua, saya tidak duduk di rumah sahaja tetapi ada perniagaan untuk diusahakan. Maksudnya dalam tempoh hamil pun masih ada pendapatan untuk keluarga,” kata Amyra.

Menutup tirai 2018, Amyra dan Amar membawa anak mereka bercuti di kota London selepas sibuk di lokasi penggambaran.

“Beberapa bulan sebelum ini kami berdua sibuk dengan penggambaran sehingga jarang meluangkan masa bersama anak. Takut nanti Anaqi tak kenal pula ibu bapanya.

“Syukur untuk rezeki 2018 yang baik. Saya dikurniakan anak dan kini memulakan perniagaan yang dianggap satu cabang baharu untuk diusahakan.

“Selepas ini perlu fokus dan bahagikan masa sebaik mungkin untuk menguruskan semuanya. Semoga perjalanan seni, perniagaan dan keluarga akan lebih baik pada masa akan datang,” ucap Amyra berharap.

Dalam usaha terus melakar kegemilangan sebagai anak seni, Amyra turut mencuba nasib menjadi usahawan. Dia bersama seorang rakan kongsi melancarkan produk minuman kesihatan yang diberi nama Juzfit.

“Perniagaan ini juga sebagai salah satu persediaan awal untuk masa hadapan. Sekarang semakin ramai pelakon baru muncul. Saya tidak tahu sampai bila produksi dan penonton mahukan saya mendukung watak utama.

“Saya ada keluarga yang perlu dijaga. Kena sentiasa sedia mencari rezeki lain. Jika tidak berlakon lagi saya ada perniagaan untuk diteruskan,” jelas ibu kepada Aqeef Anaqi ini.

Perubahan bentuk badan Amyra yang semakin langsing sejak setahun lalu sering menjadi perhatian ramai. Apabila ramai yang bertanya rahsia Amyra menjaga badan, timbul keyakinan untuk berkongsi produk kesihatan yang telah diamalkan sejak tiga tahun dahulu.

“Saya berkongsi produk yang saya sendiri turut mengamalkannya. Biarlah orang tahu kebaikan produk ini dengan melihat perubahan yang berlaku pada diri saya.

“Bukan sahaja mahu kurus tetapi sebagai pelakon, saya harus sentiasa nampak cantik kerana ini punca rezeki. Kalau boleh biarlah orang percaya untuk terus memberikan saya watak heroin,” kata Amyra.

Tambah anak

Ditanya tentang perancangan untuk menambah ahli keluarga, kata Amyra, menceburi bidang perniagaan juga adalah alasan terbaik ke arah itu.

Dia dan Amar sentiasa berharap dikurniakan cahaya mata kedua selepas ini.

“Amar meletakkan syarat jika hamil, saya tidak boleh berlakon. Perlu rehat setahun untuk hamil dan berpantang. Dia risau jika berlaku sebarang masalah ketika di lokasi.

“Jika selepas ini ada rezeki anak kedua, saya tidak duduk di rumah sahaja tetapi ada perniagaan untuk diusahakan. Maksudnya dalam tempoh hamil pun masih ada pendapatan untuk keluarga,” kata Amyra.

Menutup tirai 2018, Amyra dan Amar membawa anak mereka bercuti di kota London selepas sibuk di lokasi penggambaran. 

“Beberapa bulan sebelum ini kami berdua sibuk dengan penggambaran sehingga jarang meluangkan masa bersama anak. Takut nanti Anaqi tak kenal pula ibu bapanya. 

“Syukur untuk rezeki 2018 yang baik. Saya dikurniakan anak dan kini memulakan perniagaan yang dianggap satu cabang baharu untuk diusahakan.

“Selepas ini perlu fokus dan bahagikan masa sebaik mungkin untuk menguruskan semuanya. Semoga perjalanan seni, perniagaan dan keluarga akan lebih baik pada masa akan datang,” ucap Amyra berharap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN