USIA hampir sedekad dalam industri menjadikan penyanyi yang popular menerusi lagu duet Aku Cinta bersama Syamel, Ernie Zakri semakin matang dalam membuat pilihan. Enggan lagi menjadi mangsa uji kaji, Ernie, 26, telah menemui identiti diri untuk terus relevan dalam industri. Jauh sekali bersifat diva, mahupun meletakkan diri sebaris artis ternama negara, dia mengakui kini sudah berani membentangkan kemahuan hati dan berkata tidak terhadap hal-hal yang tidak lunak dalam kotak penelitiannya.…










