KUCHING 18 Dis. – Sarawak sedang melihat kemungkinan meneruskan kerjasama dengan Australia dari segi membangunkan bidang latihan kemahiran dan pendidikan lanjutan (TAFE), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Abang Johari, yang dalam lawatan kerja lima hari ke Melbourne, ibu negeri Victoria di Australia itu, berkata Sarawak seharusnya mempunyai asas sumber manusia kukuh memandangkan mereka sedang membangunkan pengangkutan hijau yang memerlukan sumber tenaga terlatih untuk mod pengangkutan awam…










