Sami maut dibaham harimau - Utusan Malaysia

Sami maut dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 13 Dis. – Tindakan seorang sami Buddha mencari lokasi sunyi yang jauh dari kuil Buddha untuk bertapa akhirnya mengundang bahaya apabila dia maut dibaham harimau.

Ketika kejadian, mangsa, Rahul Walke dikatakan sedang bertapa di bawah sebuah pohon di hutan di Tadoba, Maharashtra, yang menjadi kawasan rizab harimau.

Seorang lagi sami yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memberi bekalan makanan dikatakan lari untuk mendapatkan bantuan setelah melihat mangsa diserang harimau. Bagaimanapun sejurus pulang, mangsa sudah tidak bernyawa lagi akibat dibaham binatang ganas itu.

Agensi berita, PTI melaporkan, pegawai perhutan sebelum ini sudah mengeluarkan notis amaran beberapa kali kepada orang ramai terutamanya sami untuk memasuki kawasan tersebut kerana hutan itu tidak selamat.

Hutan Tadoba dilaporkan menjadi habitat kepada kira-kira 88 ekor harimau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×