KAJANG 13 Dis. – Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak lelaki kandungnya berusia 10 tahun sehingga mati, minggu lepas. Tertuduh berusia 43 tahun, yang merupakan sami di sebuah kuil di Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Lelaki itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada mangsa, telah melakukan penderaan ke atas kanak-kanak itu…










