KAJANG – Seorang sami dari sebuah kuil di sekitar Semenyih dekat sini ditahan polis selepas dipercayai mendera anak lelakinya yang berusia 10 tahun hingga mati semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya sendiri selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, mangsa bagaimanapun…










