KOTA BHARU 13 Dis. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang penggangur atas empat pertuduhan merogol dua kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun yang dikenali melalui aplikasi WeChat, Mei lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Amirudin Mohamad Rosli, 26, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah mengarahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia…