JOHOR BAHRU 26 Dis. – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (SAJ) akan membelanja RM3 bilion bagi menggantikan paip lama di seluruh negeri sehingga 2025. Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, penggantian itu melibatkan jarak kira-kira 5,500 kilometer. “Ini menerusi penggantian paip lama jenis Asbestos Cement (AC) kepada paip jenis High Density Polyethylene (HDPE). “Sebanyak 94 projek penggantian paip dijalankan secara berperingkat hingga 2020 termasuk 58 di Johor…










