RM24.7 juta untuk sektor pendidikan - Utusan Malaysia

RM24.7 juta untuk sektor pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 27 Dis. – Majlis Agama Islam Ne­geri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM24.7 juta untuk sektor pendidikan pada tahun depan yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 48,330 murid di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, bantuan itu antaranya bantuan yuran sekolah sejumlah RM1.2 juta, bantuan biasiswa pelajar luar negara (RM1.4 juta), program makanan sihat (RM1 juta), bantuan pinjaman pendi­dikan luar negara (RM6 juta), bantuan basikal (RM100,000) dan bayaran pendaftaran di institusi pengajian tinggi tempatan (RM2 juta).

“Secara keseluruhan, agihan zakat MAINJ sehingga penghujung tahun ini telah diinfak sebanyak RM299.81 juta dan me­rupakan agihan tertinggi kepada semua golongan asnaf sehingga November lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Bagi kutipan zakat sehingga bulan ini, MAINJ sudah me­ngumpul kira-kira RM245.09 juta dan pada tahun depan, kita berharap kutipan zakat di ne­geri ini meningkat agar bantuan kepada golongan asnaf ini dapat ditingkatkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Peringkat Negeri Johor dan Insentif Harapan Siswa MAINJ di Dewan Orang Ramai Tongkang Pechah di sini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN