PUTRAJAYA – Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma, dijangka dapat memanfaatkan 4.1 juta golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam berkata, skim yang akan bermula pada 1 Januari ini dengan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak untuk 36 jenis penyakit kritikal.
Beliau berkata, skim berkenaan akan menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan B40 yang berkelayakan sebagai bantuan menghadapi cabaran yang timbul daripada masalah menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










