RIYADH 10 Dis. – Arab Saudi menolak permohonan Turki untuk mengekstradisi kesemua suspek pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi ke negara itu untuk dibicarakan. BBC melaporkan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat permohonan tersebut sejak seminggu lalu dan pada Rabu lepas, mahkamah Turki mengeluarkan waran tangkap untuk menahan dua pegawai Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu. Sehingga kini, Riyadh sudah mendakwa seramai 11 suspek berhubung pembunuhan Jamal yang berlaku di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober lalu. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya