Gara-gara memuat naik sekeping foto anak-anaknya bersama bekas suami, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, kisah rumah tangga pelakon Rita Rudaini kembali menjadi buah mulut peminat sejak kebelakangan ini. Dahulu isunya adalah berkenaan tuntutan nafkah dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang dibuat oleh Rita kepada bekas suami. Kini timbul pula khabar angin bahawa Rita sengaja melakukan tindakan tersebut (memuat naik gambar) untuk memancing…