Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan perkembangan pemulihan pasaran minyak, kata para peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.1740/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1790 sewaktu ditutup pada Rabu.

Harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat kira-kira lapan peratus selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum menandatangani perjanjian penting untuk mengurangkan pengeluaran masing-masing.

Bagaimanapun, pada waktu dagangan Asia, harga berkenaan susut 0.64 peratus kepada US$54.41 setong.

Seorang peniaga lain berkata, ketegangan perdagangan China-AS yang reda dengan delegasi Washington akan ke Beijing pada awal Januari bagi rundingan dagangan dengan pegawai China, ternyata turut membantu meningkatkan sentimen di pasaran.

Sewaktu dibuka, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0418/0451 daripada 3.0441/0486 pada Rabu dan tinggi berbanding yen Jepun pada 3.7617/7648 daripada 3.7755/7802, sebelum ini.

Ringgit turut meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2830/2877 daripada 5.2981/3040 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7454/7492 daripada 4.7528/7578. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×