ULAANBAATAR 29 Dis. – Beribu-ribu rakyat Mongolia sanggup melakukan bantahan ketika suhu mencecah -25 darjah Celcius di ibu kota negara ini bagi membantah skandal rasuah dan menuntut agar speaker Parlimen meletakkan jawatan. Bantahan itu merupakan antara yang terbesar di negara ini, tercetus susulan penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan penyelewengan dana kerajaan. “Kekayaan negara ini telah dirompak,” ujar ahli Parlimen, Batzandan Jambalsuren ketika ucapan pembukaan pada protes terbabit. Tambahnya, dua parti politik di Mongolia dan speaker Parlimen, Enkhbold Miyegombo sudah ‘memecahbelahkan negara ini’. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya