Ribuan pemandu teksi protes di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Ribuan pemandu teksi protes di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL- Beribu-ribu pemandu teksi Korea Selatan melancarkan mogok dan tunjuk perasaan semalam bagi membantah satu perkhidmatan perkongsian kenderaan yang didakwa akan memusnahkan kerjaya sekali gus mengancam sumber pendapatan mereka.

Tunjuk perasaan itu menyusul beberapa hari selepas seorang pemandu teksi membakar diri sendiri sehingga mati sebagai bantahan kepada rancangan memperkenalkan perkhidmatan pe­ngangkutan Kakao Mobility di bawah Kakao Corp.

“Jika perkhidmatan itu dilaksanakan, pendapatan saya akan menyusut hingga separuh. Saya akan jatuh miskin,” kata pemandu teksi, Yoon Woo-seok, 62, yang menyertai demonstrasi di depan bangunan Parlimen di bandar ini.

Bantahan tersebut menyebabkan pengenalan khid­mat pengangkutan baharu seakan-akan yang ditawarkan Uber Technologies digantung seketika. Kakao memilih untuk menunda pelancaran rasmi itu selepas insiden pemandu teksi bunuh diri.

Parti pemerintah Korea Selatan telah membentuk satu pasukan petugas untuk menyelesaikan pertikaian itu namun, mereka masih gagal mencapai kata sepakat dengan kumpulan pemandu teksi. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN