PETALING JAYA 6 Dis. – Jabatan Peguam Negara buat kali kedua menolak representasi yang dikemukakan oleh pelakon Datuk Farid Kamil Zahari untuk meminda lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya, awal tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sewaktu sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kali pertama representasi pelakon filem Anak Halal ditolak ialah 16 Oktober lalu. Sehubungan…










