KIRA-KIRA dua minggu lagi, musim persekolahan bagi tahun 2019 akan bermula. Penulis percaya ramai dalam kalangan ibu bapa dan penjaga sudah membuat persediaan awal membeli kelengkapan sekolah sejak musim cuti persekolahan bermula pada penghujung November lalu. Apatah lagi apabila ada antara anak mereka yang bakal memasuki tahun satu, sudah pasti persiapan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan fasa peralihan daripada tadika ke sekolah rendah menjadi suatu yang menyeronokkan bagi anak-anak…










