MELAKA 15 Dis. – Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menyerahkan borang keahliannya dalam satu majlis di Ayer Keroh di sini, sebentar tadi. Beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO bersama lebih 100 ahli baharu menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof. Menurut Abdul…