SEPANG 6 Dis. – Jaringan cantik pertahanan kanan Harimau Malaya, Syahmi Safari pada minit ke-28 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2018 bakal dipertimbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA. Ledakan gol penyamaan itu hasil rembatan dari luar kotak penalti mendapat pujian ramai dan dianggap antara gol tercantik dalam kempen Piala AFF kali ini yang menyaksikan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sekadar mampu melihat…










