KUALA LUMPUR 19 Dis. – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menentang kes saman yang dikemukakan Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB). Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, ini kerana tambahan RM23 ringgit yang dikenakan ke atas caj perkhidmatan penumpang (PSC) dilihat sebagai hanya memberi manfaat kepada pemegang saham MAHB bukannya pengguna KLIA2. “Kami akan bersungguh-sungguh menentang kes saman ini. Kami tidak akan bersekongkol dalam skim membebankan rakyat yang memerlukan mereka membayar lebih untuk perkhidmatan yang tidak berkualiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya