KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjanji akan membantu peserta industri reka bentuk tempatan untuk mengeksport serta memasarkan produk mereka melalui 75 pejabatnya di seluruh dunia. Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak berkata, pihak kementerian menggesa pereka tempatan terus bersaing dengan jenama produk antarabangsa untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara. “Industri kreatif Thailand menyumbang AS$49 bilion (RM205 bilion) kepada keluaran dalam negara kasar pada…