PRK Cameron Highlands: Polis lakukan persiapan rapi - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Polis lakukan persiapan rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Dis. – Polis melakukan persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat awal bagi merangka penugasan anggota dan percaya mereka yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan baik.

Kata beliau, kesiapsiagaan polis sentiasa berada di tahap tinggi untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keamanan dan kelancaran sepanjang berlangsungnya PRK berkenaan.

“Sumber tenaga anggota tiada masalah kerana PRK ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai di Lipis dan DUN Tanah Rata di Cameron Highlands itu sendiri.

“Kita juga akan menggunakan sumber dalaman dan meminta bantuan agensi lain untuk mengawal tempat letak kereta misalnya serta perkara berkaitan keselamatan komuniti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen negeri di pekarangan Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

SPR menetapkan 26 Januari ini sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands dan 12 Januari ini sebagai hari penamaan calon. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN