COLOMBO 16 Dis. – Kemelut Perdana Menteri Sri Lanka selesai apabila Presiden, Maithripala Sirisena, hari ini melantik Ranil Wickremesinghe yang dipecatnya daripada jawatan tersebut dua bulan lalu. Wickremesinghe, 69, yang dipecat pada Oktober itu sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam acara tertutup di pejabat Presiden, di sini. Beliau, ketika dipecat enggan melepaskan jawatan tersebut walaupun digantikan bekas Presiden, Mahinda Rajapakse yang mengundur diri selepas dua bulan menjadi Perdana…