Ruang angkasa yang terbentang luas bukan sahaja perlu terus diteroka, malah saintis wajar melihatnya sebagai makmal terbuka yang perlu dimanfaatkan. Ini kerana kajian demi kajian mendapati angkasa lepas boleh dimanfaatkan dalam bidang pertanian melalui perkembangan teknologi, kejuruteraan dan sains. Sejak 2010, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) melaksanakan beberapa kajian dan eksperimen melibatkan pertanian di angkasa lepas. Kajian dilakukan dengan kerjasama pihak antarabangsa seperti Jepun di bawah Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun…










