Polis rampas tiga pistol tiruan dan dadah dalam rumah - Utusan Malaysia

Polis rampas tiga pistol tiruan dan dadah dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Polis merampas tiga pucuk senjata tiruan dan puluhan paket dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lee Kim Sai, Rawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, serbuan tersebut dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah hari hasil maklumat dan risikan pihak polis.

“Berdasarkan pemeriksaan di salah satu bilik rumah itu menjumpai sepucuk pistol angin, dua pucuk pistol tiruan dan juga 32 paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah kristal disyaki dadah syabu anggaran nilai RM1,600.

“Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di rumah tersebut. Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu disyaki menjadi pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar kawasan Batu Arang dan Rawang di sini sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Samsor menambah, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan empat rekod berkaitan dadah serta positif dadah jenis syabu.

“Suspek dipercayai menggunakan senjata tiruan berkenaan bagi melakukan jenayah.

“Suspek telah direman selama lima hari sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN