KOTA BHARU 13 Dis. – Polis Kelantan menahan dua penganggur dan merampas dadah bernilai RM12,000 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini semalam dan kelmarin. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kedua suspek yang ditahan masing-masing berumur 24 dan 21 tahun itu. Katanya, serbuan dan tangkapan pertama terhadap suspek berusia 24 tahun dilakukan di sebuah rumah pada 12.10 tengah malam kelmarin di Lorong Haji Yunus, di sini.…