KUCHING – Polis masih menunggu hasil siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung insiden letupan dan runtuhan di kedai NeNe Chicken Malaysia di CityOne Megamall di sini yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 44 yang lain dalam kejadian Selasa lalu. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihak bomba sudah pun memulakan siasatan forensiknya, tetapi pihak polis belum lagi menerima laporan hasil siasatan mereka. “Setakat…










