BHIWANI 28 Dis. – Polis menemukan tiga mayat tanpa kepala yang ‘disumbatkan’ ke dalam sebuah dram dan diletakkan di tepi jalan di daerah Haryana, di sini hari ini.
The Times Of India melaporkan, pegawai polis Bhiwani, Superitendan Ganga Ram Punia
berkata, berdasarkan siasatan awal mayat itu dipercayai seorang wanita berusia 30-an, seorang kanak-kanak lingkungan usia 12 tahun dan seorang lagi berusia antara satu dan dua tahun.
Katanya, kesemua mayat itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
“Proses pengecaman mayat menjadi sedikit sukar memandangkan kesemua mayat tidak berkepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ganga Ram juga memberitahu, polis juga sedang meneliti laporan orang hilang.










