Pogba kini tersenyum lebar - Utusan Malaysia

Pogba kini tersenyum lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 27 Dis. –Paul Pogba sangat gembira ketika ini selepas mula meledak gol buat Manchester United dan menemui semula sentuhannya, kata pengurus sementara Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer.

Bintang tengah Perancis itu yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bekas jurulatih, Jose Mourinho menjaringkan dua gol ketika United menundukkan Huddersfield 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Dia sebelum ini mencipta gerakan untuk dua gol United ketika Solskjaer membimbing pasukan itu buat kali pertama dengan menumpaskan Cardiff 5-1, minggu lalu.

“Saya sangat gembira de­ngan prestasi Paul dan seluruh pasukan. Saya boleh lihat dia kini tersenyum lebar,” kata Solskjaer.

Pogba, 25, terlibat dalam empat gol yang diperoleh United di bawah bimbingan Solskjaer selepas hanya diberi peluang beraksi selama 15 minit pada tiga perlawanan terakhir kendalian Mourinho.

Menurut Solskjaer, dia tahu Pogba mempunyai bakat besar dan keinginan tinggi ketika menjadi penolong jurulatih skuad remaja United.

“Saya mengenali Paul sejak dia berada dalam skuad simpanan dan remaja kelab.

“Dia seorang yang sangat ceria, mudah tersenyum dan selepas menjaringkan dua gol hari ini, saya sudah nampak semula senyuman lamanya.

“Dia memang sayangkan Manchester United dan bangga beraksi buat kelab ini,” kata Solskjaer lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN