KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemudahan itu yang akan bermula di Lembah Klang pada 1 Januari tahun depan turut akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang. “Sebagai percubaan kita akan mula di Kuala Lumpur supaya kita dapat tahu sekiranya ada kelemahan untuk diperbetulkan. …