KUALA LUMPUR 24 Dis. – Kajian terkini SME Corporation Malaysia (SME Corp.) mendapati daripada 1,469 responden perusahaan kecil dan sederhana (PKS), hanya 32 peratus menyedari Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0). Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said berkata, kira-kira 69 peratus daripada jumlah itu menyatakan kesediaan mereka untuk memanfaatkan teknologi tersebut. Katanya, kesedaran mengenai Industri 4.0 dalam kalangan PKS masih di tahap sederhana dan ia merupakan satu kerugian…










