BOBIGNY, Perancis 26 Dis. – Dua orang dewasa memiliki pistol ‘tiruan’ membuatkan suasana panik hingga penumpang-penumpang dikeluarkan dari Terminal Dua, Lapangan Terbang Charles de Gaulle di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan itu, terminal telah dikosongkan selama 45 minit. Menurut sumber, pistol tersebut disedari seorang penumpang yang melaporkan dua orang dewasa tidak bercakap bahasa Perancis mempunyai senjata disimpan dalam kotak. “Suasana panik berlaku apabila orang…










