PH perlu pulihkan populariti - Utusan Malaysia

PH perlu pulihkan populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi berasa selesa selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memandangkan terdapat kaji selidik menunjukkan sokongan terhadap gabungan parti itu mula menurun.

 

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, usaha perlu dilakukan bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada PH seperti sebelum PRU-14 pada 9 Mei lalu.

“Saya yakin kita tidak boleh diam kerana kita kena pastikan sokongan kembali pulih. Saya malah minta rakan-rakan dalam PH bekerja lebih keras.

“Kalau kajian itu tidak betul pun, kita mahu sokongan sentiasa berada di hati rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang Bersama Penaja Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) di sini hari ini.

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam mendakwa kaji selidik badan bukan kerajaan INVOKE Malaysia mendapati populariti PH menurun dan rakyat mula mempersoalkan pentadbiran kerajaan baharu.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar berkata beliau yakin rakyat di negeri ini masih bersama PH walaupun tidak ada kajian dilakukan berhubung perkara itu di peringkat negeri.

“Kita akan berusaha pastikan pulih dalam masa beberapa ketika. Saya sendiri akan turut berusaha supaya rakyat Negeri Sembilan terus menyokong kita,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN