PH, BN kekok jalankan tanggungjawab - Shahrir  - Utusan Malaysia

PH, BN kekok jalankan tanggungjawab – Shahrir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Dis. – Perubahan politik dalam negara tahun ini menyaksikan kepimpinan kedua-dua pihak sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) kekok dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. 

Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, perkembangan itu dapat dilihat apabila kedua-dua pihak masih memerlukan masa dengan kedudukan baharu mereka. 

Katanya, pemimpin PH masih gagal menjalankan peranan sebagai kerajaan berwibawa apabila banyak tindakan dan kenyataan mereka menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat. 

“Begitu juga dengan kepimpinan dalam BN, di mana wakil rakyat tidak tahu untuk bergerak sebagai pembangkang yang efektif kerana sudah terbiasa menjadi kerajaan sebelum ini. 

“Masing-masing kekok dengan kedudukan baharu mereka sama ada sebagai kerajaan dan pembangkang,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Larian Tok Uban 2018 di Taman Suria, di sini sebentar tadi. 

Tambah Shahrir, perkara tersebut merupakan ujian buat semua pihak terlibat termasuk rakyat negara ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN