PULAU PINANG 28 Dis. – Platform beli-belah dalam talian tempatan, PG Mall mengambil inisiatif mendekatkan pasaran antara Semenanjung dengan Sarawak menerusi kerjasama Persatuan E-Dagang Sarawak (SECA). Menerusi kerjasama itu, PG Mall akan memasarkan produk-produk hasil keluaran pengusaha tempatan Sarawak secara dalam talian sekali gus memudahkan pembelian produk negeri itu dengan produk Semenanjung. Menurut Pengarah Urusan PG Mall, Datuk Louis Ng, pihaknya menyasarkan menambah 5,000 produk pelbagai jenis hasil keluaran pengusaha…










