KUALA LUMPUR 14 Dis. – Perbadanan Stadium Nasional (PSM) mengakui, kecuaian beberapa petugas di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil punca utama berlaku limpahan penonton dalam aksi perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 Malaysia menentang Vietnam pada Selasa lalu. Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes berkata, bagi semua acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), atas permohonan yang dibuat, pihaknya membenarkan badan sukan berkenaan menguruskan kemasukan penonton di semua…