Pestisyen desak Waytha Moorthy letak jawatan hampir capai sasaran - Utusan Malaysia

Pestisyen desak Waytha Moorthy letak jawatan hampir capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur 21 Dis. – Petisyen mendesak P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hampir mencapai sasaran apabila lebih 298,750 orang sudah menandatanganinya setakat pukul 3 petang ini.

Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan bulan lalu dan menyasarkan 300,000 tandatangan yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Sasaran itu dijangka mampu dicapai hari ini kerana hanya tinggal baki dalam 1,250 tandatangan yang diperlukan .

Menurut GPS dalam kenyataan baru-baru ini, petisyen itu diwujudkan antaranya tindakan Waytha Moorthy yang memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah kononnya rakyat negara ini yang beragama Hindu ditindas.

Malah, Pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu yang turut berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), gagal mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sehingga menjadi antara penyebab kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, rakyat boleh membuat petisyen tetapi desakan itu bukan satu arahan untuk Waytha Moorthy meletak jawatan.

Beliau berkata, Waytha Moorthy perlu diberi peluang kerana pemimpin itu baru memulakan tugas sebagai menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN