Pesawat khas bawa penyokong ke Hanoi - Utusan Malaysia

Pesawat khas bawa penyokong ke Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Dis. – Kementerian Belia dan Sukan akan berunding dengan AirAsia serta Malaysia Airlines Bhd. (MAB) untuk menyediakan tiga pesawat penerbangan khas bagi membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya ke Hanoi 15 Disember ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kehadiran penyokong Malaysia dan Ultras penting bagi memastikan skuad Tang Cheng Hoe mendapat sokongan padu dalam perlawanan akhir timbal balik kedua itu, seperti mana dibuktikan di Bangkok, Rabu lalu.

SYED SADDIQ
SYED SADDIQ 

“Pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala, AirAsia ada menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas tetapi bagi aksi final ini, kita nak lebih banyak lagi dan bagi tujuan itu, kita sedang berunding dengan AirAsia serta MAB.

“Kita mengharapkan sekurang-kurangnya tiga buah pesawat penerbangan khas tetapi ia masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf, di sini hari ini.

Malaysia mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas mengikat juara bertahan Thailand 2-2, pada separuh akhir kedua di Bangkok dan akan bertemu Vietnam selepas mengalahkan Filipina menerusi agregat 4-2.

Perlawanan akhir itu yang menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil terlebih dahulu pada 11 Disember sebelum final kedua di Hanoi, 15 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN