Pertanian pintar perkasakan sektor pertanian Sarawak - Utusan Malaysia

Pertanian pintar perkasakan sektor pertanian Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 6 Dis. – Teknologi Pertanian Pintar mampu memperkasakan sektor pertanian di negeri ini, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 


Justeru, beliau menyarankan agar institusi pendidikan di Sarawak menawarkan bidang Diploma Pertanian Pintar bagi bersama-sama mencapai matlamat ke arah pembangunan Ekonomi Digital.


“Para pertani moden harus menggunakan alat teknologi terkini agar hasil tani meningkat, justeru adalah penting bidang pertanian pintar ini diperkenalkan pada masa kini.


“Saya pasti, kelak kita mampu mengeluarkan hasil tani yang berganda-ganda jika mengaplikasikan teknologi terkini dalam pertanian pintar, sekaligus memampankan sektor pertanian dan memperkasakan lagi hasil pengeluaran tani ke luar negara,” katanya.


Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-12 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.


Seramai 1,107 orang menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan diploma yang ditawarkan di institusi tersebut. -BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN