TURUN dengan misi untuk mencari bekalan selesa sebelum aksi kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu depan, skuad Harimau Malaya menggalas satu lagi tugas getir dijadualkan berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki, malam ini. Rekod pertemuan nyata tidak begitu memihak kepada pasukan negara apabila hanya menang sebanyak tiga kali dalam 13 pertemuan menentang Thailand pada kempen yang sama sejak 1996 berbanding tujuh kemenangan diraih oleh skuad…