BELANJAWAN yang dibentangkan November lalu menunjukkan sokongan dan komitmen kerajaan dalam perlindungan dan pemuliharaan hutan tropika di negara ini. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan akan mengambil langkah untuk memastikan Taman Hutan Selangor Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Taman Diraja Royal Belum Perak disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Langkah tersebut sangat baik dan perlu disegerakan kerana memberi manfaat kepada bukan sahaja…










