ALOR SETAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyarankan agar tanaman kelapa pandan diperluaskan lagi di Langkawi sebagai sumber kekayaan baharu petani dan pekebun di pulau peranginan tersebut. Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, penduduk di situ perlu mengambil peluang dengan meneroka tanaman itu yang diyakini dapat menjanjikan pulangan lebih besar. “Di Langkawi, kelapa muda mencecah sehingga RM8 sebiji dan sering terputus bekalan kerana permintaan yang tinggi, jadi saya yakin pengusaha mampu memperoleh pendapatan lebih lumayan dengan tanaman kelapa pandan ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Peladang di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya