Peringatan Syed Saddiq buat Armada - Utusan Malaysia

Peringatan Syed Saddiq buat Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu berfikir seperti kerajaan dan bekerja keras seolah-olah mereka pembangkang dalam menjuarai dan mencari penyelesaian pelbagai isu dan agenda yang dekat di hati anak muda dan masyarakat.

Dalam membuat gesaan itu, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dalam perjuangan, mereka juga perlu menjauhi daripada terjebak dengan budaya bermewah-mewah.

“Anak muda, baik lelaki atau wanita, adalah barisan utama dalam membawa isu-isu relevan dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita jangan fikir soal kemewahan.

“Kerana dahulu tanpa duitpun kita mampu berjuang. Budaya sebeginilah yang kita perlu kekalkan,” katanya dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.

Perhimpunan Armada yang merupakan sayap Pemuda Bersatu dijadual berlangsung di lokasi sama pada esok dan Sabtu dengan kehadiran kira-kira kira-kira 800 perwakilan. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×