Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Dis. – Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) 2018 bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Perhimpunan itu melakar sejarah sebagai perhimpunan sulung parti itu selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan.

Pastinya rakyat terutama orang Melayu mengharapkan perhimpunan kali ini dapat menjadi medan bagi mengetengahkan topik merangkumi situasi dalam negara pasca PRU-14 dan agenda untuk memperbaiki keadaan negara.

Agenda Melayu Bumputera dan Islam diharap dapat dibangkitkan dalam perhimpunan kali ini memandangkan ia sememangnya dekat dengan Bersatu selain memberi keutamaan dan penekanan kepada isu sosial, ekonomi, pendidikan yang mana bumiputera masih terbelakang.

Malam ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dengan kehadiran 1,600 ahli.

Secara keseluruhan, kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk wakil daripada 98 sayap Srikandi dan 115 Armada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN