BHUBANESWAR, India 7 Dis. – Skuad hoki Perancis yang menghuni ranking paling bawah dalam kempen Piala Dunia 2018 berjaya mengejutkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Argentina dengan kemenangan 5-3 ketika aksi peringkat Kumpulan A. Dalam perlawanan tersebut pasukan ranking kedua dunia, Argentina dilihat seakan sukar memberikan saingan kepada barisan pemain muda Perancis yang ketika ini menghuni kedudukan ke-20 dunia. Keputusan perlawanan itu juga adalah antara kejutan terbesar dalam kempen…










