KOTA BHARU 27 Dis. – Penyertaan bekas jeneral padang The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi ke Perlis untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019 dilihat tidak berseorangan. Pemergian Mohd. Badhri atau Piya itu turut ‘membawa’ penyokong Kelantan untuk menemaninya bagi untuk menabur bakti bersama Singa Utara dalam saingan liga musim depan. Situasi itu dapat dilihat apabila penyokong dan peminat Kelantan mula membanjiri laman sosial rasmi facebook milik pasukan Perlis…










