Penutupan kerajaan AS dilanjutkan sehingga minggu depan - Utusan Malaysia

Penutupan kerajaan AS dilanjutkan sehingga minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Dis. – Penutupan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat (AS) berlarutan hingga ke minggu depan selepas golongan ahli politik di negara ini gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan Presiden Donald Trump untuk mendapatkan dana AS$5 bilion (RM20.9 bilion) bagi membiayai pembinaan tembok di sempadan Mexico.

Selepas beberapa minit bersidang, anggota Dewan Senat yang secara rasminya masih bercuti sempena Krismas meninggalkan dewan dan bersetuju untuk bertemu kembali Rabu minggu depan.

Ini bermakna penutupan pentadbiran kerajaan AS yang kini sudah memasuki hari keenam akan berlarutan menjadi 12 hari.

Trump sebelum ini berhasrat membina tembok di sempadan AS dan Mexico, iaitu antara janji yang dibuat ketika pilihan raya presiden, namun permohonannya ditolak anggota Demokrat dan Republikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN