KUANTAN 24 Dis. – Seorang penuntut Kolej Vokasional Shah Alam, Selangor maut setelah motosikal jenis SYM ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga FLX di Jalan Taman Perdana, Pekan dekat sini hari ini. Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang petang itu ialah Mohammad Mukhriz Haykel Mohammad Mahayaddin, 16, yang berasal di Taman Ketapang Mawar, Pekan. Pemandu Proton Saga FLX, Darshan Singh, 49, tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, sebelum kejadian, pemandu Proton Saga FLX terbabit dalam perjalanan dari Bandar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya