Penjawat awam perlu berperanan sebagai penstabil - Utusan Malaysia

Penjawat awam perlu berperanan sebagai penstabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Dis. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah penjawat awam hendaklah berperanan sebagai penstabil yang profesional lagi neutral ketika menghadapi tafsiran politik yang berbeza.

Baginda bertitah, ini supaya nasihat dan ulasan yang disuarakan bersifat rasional lagi objektif demi melindungi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat.

“Pimpinan politik dan penjawat awam merupakan dua sayap penting dalam pentadbiran kerajaan.

“Oleh itu, jalinan kerjasama dan persefahaman dalam semangat saling menghormati, saling menasihati dan saling mempercayai hendaklah dijadikan budaya kerja antara pimpinan politik dengan penjawat awam,” titah baginda ketika mencemar duli menghadiri majlis santapan malam kerajaan negeri, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN